Lebih ramai graduan wanita dapat pekerjaan, kata laporan


Ragananthini Vethasalam

Lebih ramai graduan perempuan yang mendapat pekerjaan pada 2018 berbanding lelaki, menurut laporan Statistik Graduan 2018 dikeluarkan oleh Jabatan Statistik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Disember, 2019.

LEBIH ramai graduan perempuan yang mendapat pekerjaan pada 2018 berbanding lelaki, menurut laporan Statistik Graduan 2018 dikeluarkan oleh Jabatan Statistik.

Laporan dikeluarkan hari ini menyatakan 4.96 juta graduan di negara ini pada 2018, yang mewakili kenaikan 7.6% daripada 4.61 juta pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 3.99 juta menyertai dunia pekerjaan (2017: 3.69 juta) tahun lalu.

“Perbandingan graduan yang mendapat pekerjaan dalam kategori gender menunjukkan wanita mendominasi dengan 50.4% berbanding graduan lelaki 49.6%,” katanya.

Jumlah graduan wanita yang mendapat pekerjaan ialah 2.01 juta sementara lelaki 1.98 juta.

Kira-kira 75.6% graduan wanita yang mendapat pekerjaan berusia antara 24 dan 44 tahun sementara 70.4% graduan lelaki mendapat pekerjaan juga dalam kumpulan umur yang sama.

Laporan itu dalam satu pemerhatiannya mendapati jumlah graduan lelaki yang mendapat kerja berusia 45 tahun ke atas seramai 405,000 atau 58.9%, berbanding 283,000 bagi kategori wanita.

“Kami faham ada graduan lebih berusia dalam kategori lelaki kerana mereka mungkin tamat pengajian 10-20 tahun lalu di mana pendidikan lebih diutamakan kepada lelaki pada masa itu,” kata Ketua Statistik Dr Mohd Uzir Mahidin kepada media selepas pelancaran laporan itu. – 13 Disember, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen