SPRM Kelantan kesan lelaki bantu siasatan 


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sedang berusaha mengesan seorang lelaki, Norshah Abd Rahman, bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

SPRM dalam satu kenyataan berkata Norshah, 45, mempunyai alamat terakhir di PT 15 Taman Desa Rahmat Guchil Bayam, 15100 Kota Bharu, Kelantan.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu supaya menghubungi penolong penguasa, Khairul Haffizul Mohamad Nawidi dengan menelefon 09-7661800 atau 017-9517996.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci berkaitan kes rasuah berkenaan. – Bernama, 12 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen