Mesyuarat jawatankuasa pilihan khas disiar secara langsung tahun depan


Chan Kok Leong

Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof berkata penstriman langsung mesyuarat jawatankuasa pilihan khas bagi memastikan ia lebih telus dan terbuka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2019.

MESYUARAT jawatankuasa pilihan khas Parlimen akan dibuka kepada orang ramai dan pada 2012 disiarkan secara penstriman langsung, kata Speaker Mohamad Ariff Md Yusof.

“Rancangan kami ialah menjadikan prosiding mesyuarat jawatankuasa pilihan khas ini lebih terbuka.

“Buat masa ini, prosiding tidak cukup telus. Ia adalah sulit, kecuali dan sehingga laporan dibentangkan di Parlimen.

“Itu bukan sistem yang baik. Jadi, kami menyusun semula peraturan dan pada Mac, ia sepatutnya berkuat kuasa,” kata speaker Dewan Rakyat semasa majlis makan malam sempena ulang tahun ke-60 Parlimen malam tadi.

Sama seperti pendengaran Senat Amerika Syarikat, Ariff berkata prosiding itu harus terbuka kepada orang ramai.

“Prosiding sebagai peraturan akan dibuka kecuali tertutup. Jadi, orang ramai boleh masuk dan kami akan melakukan penstriman langsung prosiding di laman web Parlimen.

“Ini satu-satunya cara untuk menjadi Parlimen yang matang,” kata bekas hakim itu.

Ariff bercakap mengenai pembaharuan jawatankuasa pilihan Parlimen yang dilaksanakan sejak 18 bulan lalu.

Di bawah Pakatan Harapan, Parlimen mewujudkan 10 jawatankuasa pilihan baru. Enam daripadanya ialah Menimbang Rang Undang-Undang; Belanjawan; Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri; Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender; Hubungan Antara Negeri-Negeri dan Persekutuan; Melantik Jawatan Utama Perkhidmatan Awam. – 12 Disember, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen