Laporan kehilangan aktivis sepatutnya sudah selesai, kata Muhyiddin


Noel Achariam

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan bertemu dengan pasukan petugas khas berkenaan kehilangan dua aktivis bagi membincangkan laporan siasatan yang sepatutnya sudah selesai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 11 Disember, 2019.

MENTERI Dalam Negeri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pasukan petugas khas berkenaan kehilangan Pastor Raymond Koh dan aktivis Perlis Amri Che Mat bagi membincangkan laporan mereka berikutan siasatan ke atas kedua-duanya sepatutnya selesai.

“Saya tidak tahu tarikh sebenar tetapi mengikut tempoh masa penyiasatan, ia sekitar enam bulan.

“Saya masih belum pasti jika laporan itu siap, saya akan berjumpa pasukan petugas untuk membincangkannya,” katanya selepas melancarkan program bantuan banjir NGO Anak Muda ke Pantai Timur di Putrajaya hari ini.

Sudah lebih 10 bulan sejak laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyatakan pasukan cawangan khas terlibat dalam penculikan kedua-dua aktivis berkenaan.

Susulan laporan yang dibuat Suhakam, Muhyiddin pada Jun mengumumkan pasukan petugas khas akan melihat kes kehilangan dua aktivis tersebut.

Beliau berkata pasukan petugas khas telah diberi masa enam bulan untuk menyelesaikan siasatan. – 11 Disember, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen