KERAJAAN tidak sepatutnya merayu terhadap keputusan mahkamah baru-baru ini untuk membebaskan ahli Parlimen yang ditahan sekiranya komited untuk memansuhkan undang-undang anti pengganas, kata peguam dan dan penceramah hak asasi manusia terkemuka Ambiga Sreenevasan.
“Cadangan kuat saya terhadap Sosma untuk memperlihatkan mereka serius memindanya, untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan jaminan (untuk G Saminathan),” kata Ambiga kepada pemberita di luar kawasan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.
Beliau merujuk kepada ahli Parlimen Melaka dari DAP yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Sosma 2012.
Saminathan bersama dengan 11 yang lain ditahan di bawah akta itu yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan atau kehadiran di mahkamah sehingga 28 hari kerana didakwa menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Tahanan di bawah Sosma juga biasanya tidak diberikan jaminan tetapi Mahkamah Tinggi dalam kes Saminathan memutuskan bahawa ia adalah tidak berpelembagaan.
Hakim dalam kes itu memutuskan bahawa peruntukan Sosma yang tidak membenarkan jaminan melanggar prinsip pemisahan kuasa antara badan kehakiman dan eksekutif.
Dalam ucapannya pada forum hak asasi manusia hari ini Ambiga berkata kerajaan harus yakin dengan kemampuan mahkamah untuk menentukan kesesuaian jaminan.
“Kerajaan mesti ada keyakinan bahawa mahkamah akan tahu apa yang mereka lakukan dan mereka boleh memutuskan mana-mana kes yang patut diberikan ikat jamin dan yang tidak sepatutnya,” katanya. – 10 Disember, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen