PENANGGUHAN pembentangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tidak boleh diterima, kata peguam hak asasi manusia S. Ambiga, yang mempersoalkan adakah wujud bantahan dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sendiri.
“Saya tidak percaya (penjelasan kerajaan) yang lebih masa diperlukan kerana sudah cukup kerja dibuat untuk ia dibentangkan. Jadi tidak perlu lagi beri alasan,” kata Ambiga.
“Saya dengar ada ahli Parlimen dalam PH sendiri yang membantah IPCMC dan ini menyebabkan penangguhan. Saya ingin tahu apa bantahannya?
“Kerana penangguhan ini tidak boleh diterima. Mereka ada cukup masa untuk luluskan rang undang-undang itu,” katanya yang juga bekas presiden Majlis Peguam.
Kerajaan sekali lagi menangguhkan kelulusan akta baharu bagi menubuhkan IPCMC kepada persidangan Parlimen berikutnya, pada Mac tahun depan.
IPCMC dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat pada Julai tahun ini bagi bacaan pertama dan perbahasan untuknya ditangguhkan hingga Oktober.
Tetapi kerajaan menangguhkan undi bagi RUU itu untuk bacaan kedua pada Oktober dan merujuknya kepada jawatankuasa pemilih Parlimen. – 10 Disember, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen