MUHAMMAD Yusoff Rawther, yang menuduh Anwar Ibrahim melakukan salah laku seksual, membidas datuk saudaranya kerana mendakwa beliau dimanipulasi untuk menjejaskan imej presiden PKR itu.
Yusoff berkata Mohideen Abdul Kader adalah saudara jauh dan tidak tahu perkara yang berlaku dalam hidupnya.
“Datuk saudara ini adalah seseorang saya jumpa setahun sekali. Secara tiba-tiba, beliau tahu apa yang berlaku kepada saya. Orang yang bukan sebahagian daripada keluarga saya, jangan masuk campur,” katanya kepada pemberita selepas disoal selama lapan jam oleh polis.
Tidak lama selepas Yusoff menuduh Anwar dalam akuan bersumpahnya, Mohideen berkata keluarga tidak dimaklumkan mengenai dakwaan salah laku seksual itu.
“Kejadian itu dikatakan berlaku pada 2 Oktober 2018, lebih setahun lalu. Tetapi tiada ahli keluarga kami, termasuk datuknya, yang sangat rapat dengannya, diberitahu mengenai kejadian yang didakwa itu,” kata Mohideen dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu.
Mohideen adalah adik kepada aktivitis Allahyarham SM Mohamed Idris, yang merupakan datuk Yusoff.
Mohideen juga berkata Yusoff tersisih daripada keluarga sejak datuknya meninggal dunia awal tahun ini. – 9 Disember, 2019.
Berita penuh di sini
Komen