Zuraida akan hadir majlis makan PKR di KL


Chan Kok Leong

Walau bagaimanapun, menteri perumahan dan kerajaan tempatan menafikan bahawa majlis makan malam itu sebagai sebuah lagi Kongres PKR. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 Disember, 2019.

NAIB Presiden PKR, Zuraida Kamarudin akan menyertai Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dalam “mesyuarat” PKR kedua di Kuala Lumpur malam esok.

“Ya, kami menganjurkan majlis makan malam Wawasan Kemakmuran Bersama di bawah Azmin,” kata Zuraida kepada pemberita di luar Kongres PKR di Melaka hari ini.

Walau bagaimanapun, menteri perumahan dan kerajaan tempatan menafikan bahawa majlis makan malam itu sebagai sebuah lagi Kongres PKR.

“Tidak, bukan. Ia makan malam. Saya fikir salah (tanggapan begitu). Ini satu majlis makan malam yang dipanggil Wawasan Kemakmuran Bersama,” kata Zuraida.

Apabila ditanya sama ada orang lain seperti R Sivarasa, Hilman Idham dan Ali Biju akan hadir, Zuraida menjawab: “Ya. Ia bukan kongres. Ia hanya makan malam “.

Terdahulu, satu program yang bertajuk “Makan Malam Penghargaan Delegasi PKR 2019” telah diedarkan di media sosial.

Program yang dikatakan sebagai majlis makan malam itu akan diadakan di Hotel Renaissance di Kuala Lumpur mulai 6 petang esok.

Ia akan bermula dengan kehadiran perwakilan PKR pada jam 6.30 petang diikuti oleh pemimpin PKR.

Antara mereka yang dijadualkan berucap di majlis makan malam tersebut termasuk aktivis Hishammuddin Rais, Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah R Sivarasa, Setiausaha Politik Azmin dan Timbalan Pengerusi AMK Hilman Idham, Ketua Wanita PKR Haniza Talha, Naib Presiden PKR Ali Biju, Tian Chua, Zuraida dan Azmin. – 7 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen