AMANAH perlu menjadi perdamaian Pakatan Harapan (PH), kata seorang perwakilannya yang menggesa kepimpinan membantu memperbaiki hubungan antara puak yang berbalah dalam PKR.
Mohd Fadzil Mohd Ramly dari Pahang berkata Amanah juga perlu menamatkan perebutan kuasa yang melingkari rancangan peralihan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Amanah mesti mendamaikan dalam Pakatan. Orang ramai sudah muak dan bosan melihat perebutan kuasa berhubung rancangan peralihan,” kata Fadzil pada konvensyen tahunan Amanah di Shah Alam hari ini.
“Amanah juga harus memberi bantuan kepada krisis dalaman PKR,” kata Fadzil ketika membahaskan ucapan presiden.
PKR mengalami keretakan disebabkan perbalahan antara kumpulan yang setia kepada Presiden Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali.
Pada Kongres Pemuda PKR semalam, dua pergaduhan berlaku di antara kumpulan yang berbalah apabila seseorang cuba memasuki dewan mesyuarat.
Sebelum itu, puak dalam Pemuda PKR berbalah mengenai pemimpin mana yang akan merasmikan kongres mereka serta isu pemecatan pengerusi dan timbalan pengerusi.
Mengenai perancangan penggantian perdana menteri, Dr Mahathir berulang kali berkata beliau akan menyerahkan tampuk pimpinan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim pada pertengahan penggal pertama PH sebagai kerajaan.
Bagaimanapun, terdapat percubaan dari dalam dan luar PH untuk memujuk pemimpin berusia 94 tahun itu menghabiskan penggalnya sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.
Azmin, bersama beberapa pemimpin Bersatu secara terbuka memberi sokongan padu kepada Dr Mahathir untuk terus kekal. – 7 Disember, 2019.
Komen