Perwakilan Umno gesa wakil rakyat henti minta projek dari Pakatan


Noel Achariam

Ketua Bahagian Umno Bukit Gelugor Omar Faudzar berkata, PAS dan PKR tidak pernah meminta peruntukan daripada Barisan Nasional ketika menjadi pembangkang.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 7 Disember, 2019.

SEORANG perwakilan Umno mahu wakil rakyat dari parti itu untuk melengkapkan diri dengan maruah dan tidak meminta projek daripada Pakatan Harapan di kawasan mereka.

Ketua Bahagian Umno Bukit Gelugor Omar Faudzar berkata ketika PAS dan PKR menjadi pembangkang, mereka tidak meminta sebarang projek daripada pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini.

“Kita hanya 18 bulan dalam pembangkang namun mereka (PAS dan PKR) sudah banyak tahun menjadi pembangkang tetapi tidak pernah meminta sebarang peruntukan daripada Umno. Tak pernah.

“Di mana integriti ahli Umno? Mana maruah pemimpin Umno?” katanya ketika perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Walaupun beliau tidak menyebutnya, Omar merujuk kepada ahli Parlimen Umno yang bertemu Mohamed Azmin Ali untuk berbincang mengenai projek bulan lalu.

Bulan lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat antara ahli Parlimen BN dan Azmin adalah untuk membincangkan mengenai projek kerajaan di kawasan mereka.

Zahid berkata, berita mengenai mesyuarat di kediaman menteri hal ehwal ekonomi di Putrajaya mengecewakan akar umbi dan penyokong, yang baharu merikan kemeangan besar BN pada pilihan raya kecil Tanjung Piai 16 November lalu.

Omar menegaskan bahawa ahli Umno perlu ada prinsip.

“Apabila kita dalam parti, kita emsti ikut apa yang dikatakan oleh presiden kita (Ahmad Zahid Hamidi).

“Kalau tidak, sila keluar,” katanya.

Zahid sebelum ini berkata, lembaga disiplin parti telah menerima aduan mengeai msyuarat berkenaan, dan menambah pimpinan parti menyerahkan kepada lembaga disiplin untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap ahli Parlimen yang berada di kediaman Azmin.

Beliau turut memberi amaran bahawa Umno tidak akan berkompromi dengan ahli yang bekerja sama ada secara sulit atau terang-terangan dengan mana-mana puak kerajaan. – 7 Disember, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen