KEPUTUSAN rasmi pemilihan Amanah mengesahkan Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub mempertahankan jawatan sebagai presiden dan timbalan.
Kedua-duanya memimpin parti berusia empat tahun itu sejak penubuhannya ketika bersama-sama dengan beberapa tokoh terkenal lain meninggalkan PAS.
Pengumuman keputusan rasmi dibuat pada konvensyen parti hari ini, selepas pemilihan yang diadakan malam tadi.
Mohamad dan Salahuddin dipilih oleh jawatankuasa pusat 27 anggota yang baharu dipilih oleh Amanah malam tadi.
Jawatankuasa pusat juga mengekalkan tiga naib presiden Mujahid Yusof Rawa, Hasanuddin Mohd Yunus dan Mahfuz Omar.
Pada pemilihan parti semalam, kesemua mereka adalah yang dipilih menganggotai jawatankuasa pusat.
Mohamad adalah menteri pertahanan dan Salahuddin memegang portfolio industri pertanian dan asas tani.
Mujahid adalah menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam.
Mahfuz adalah timbalan menteri sumber manusia manakala Hasanuddin adalah ahli Parlimen Hulu Langat. – 7 Disember, 2019.
Komen