LIMA menteri Kabinet daripada Amanah dipilih ke dalam senarai 27 ahli jawatankuasa pimpinan nasional parti itu malam ini.
Sementara empat dari lima timbalan menteri dan beberapa nama besar dari kepimpinan negara turut tersenarai dalam jawatankuasa tersebut.
Lima Menteri Kabinet tersebut adalah Mohamad Sabu (Pertahanan), Salahuddin Ayob (Industri Pertanian dan Asas Tani), Khalid Samad (Wilayah Persekutuan), Dr Dzulkelfy Ahmad (Kesihatan) dan Mujahid Yusof Rawa (Jabatan Perdana Menteri).
Lima timbalan menteri yang turut terpilih termasuk Hanipa Maidin, Dr Hatta Ramli, Mahfuz Omar dan Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Baharuddin.
Hanipa bertugas di Jabatan Perdana Menteri, Hatta di Kementerian Pembangunan Usahawan, Raja Kamarul Bahrin di Kementerian Perumahan dan Mahfuz dalam Sumber Manusia.
Timbalan Menteri Kerja Raya Annuar Tahir bagaimanapun tidak terpilih menganggotai jawatankuasa tersebut.
27 ahli jawatankuasa pimpinan nasional itu akan memilih lima jawatan tertinggi dalam parti itu di kalangan mereka, iaitu - presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.
Di dalam jawatankuasa tersebut juga turut dianggotai 14 ketua negeri dan ketua-ketua sayap wanita dan pemuda Amanah.
Kesemua mereka pula dipilih oleh 823 perwakilan pada pemilihan parti kali pertama di Shah Alam malam ini. – 6 Disember, 2019.
Komen