PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim mahu tindakan diambil terhadap pelaku dalam dua insiden pergaduhan yang mencemari Kongres Pemuda PKR di Melaka hari ini.
Anwar dalam satu kenyataan berkata, perbuatan itu tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan tegas.
“Ingin saya maklumkan perlakuan biadap ini tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan tegas.
“Justeru saya telah meminta lembaga disiplin parti untuk mengambil tindakan memecat pelaku yang bertanggungjawab.
Pemimpin berusia 72 tahun itu juga berharap pihak polis akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.
Kongres Pemuda PKR hari ini dicemari dengan dua insiden yag mana sekumpulan pemuda, yang mendakwa sebagai perwakilan, cuba menyertai persidangan.
Namun selepas mereka dihalang, sekumpulan remaja berbaju hitam cuba merempuh masuk ke persidangan itu menyebabkan tercetus pergaduhan dengan petugas keselamatan.
Bagaimana pun ia dileraikan oleh anggota polis.– 6 Disember, 2019.
Komen