Hukuman pecat jika hadir kongres berbeza, kata Anwar


Diyana Ibrahim

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata mana-mana ahli yang hadir dalam perhimpunan berbeza selain kongres tahunan PKR akan dipecat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Disember, 2019.

MANA-MANA ahli yang hadir dalam perhimpunan berbeza selain daripada kongres tahunan PKR akan dipecat kata presidennya Anwar Ibrahim.

Tindakan seperti itu merupakan sabotaj ke atas kongres tahunan parti dan merupakan kesalahan besar, katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.

“Saya juga beri peringatan kalau kalau ada percubaan untuk rosakkan semangat perpaduan oleh mana pimpinan tindakan tegas akan diambil termasuk pemecatan ahli,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kongres berasingan yang didakwa akan diadakan di Kuala Lumpur, berbeza dengan kongres sebenar yang akan diadakan di Melaka pada waktu sama hujung minggu ini.

Tambahnya beliau maklum mengenai usaha menganjurkan kongres berbeza itu yang menurutnya tidak boleh dipandang ringan walaupun hanya satu usaha kecil.

“Setakat ini tidak ada ada apa-apa. Ada percubaan kecil. Tapi saya nak jelaskan sejak tiga hari  lalu 83% perwakilan janji akan hadir Melaka

“Kalau ada sekali pun, hanya sekitar 10%. saya harap tidak wujud dan kita akan diteruskan mana- mana pemimpin yang hadir akan pecat,” katanya. 

Cakap-cakap mengenai kongres berbeza itu timbul selepas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak dijemput untuk merasmikan kongres sayap AMK dan Wanita.

Biro Politik PKR semalam bagaimanapun memutuskan Azmin akan tetap merasmikan kedua-dua kongres tersebut. – 5 Disember, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen