Kerjasama PAS-Umno tingkatkan keahlian Amanah, kata Mat Sabu


Sheridan Mahavera

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu mendapat sokongan besar apabila PAS mengumumkan kerjasamanya dengan Umno pada tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Disember, 2019

AMANAH, parti Islam progesif parti pemerintah mendapat sokongan besar apabila PAS mengumumkan kerjasamanya dengan Umno tahun ini, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Mohamad memberitahu The Malaysian Insight beberapa ahli PAS dan penyokong tidak bersetuju dengan pakatan politik PAS-Umno dan telah mengalihkan sokongan mereka terhadap Amanah.

Penghijrahan dari PAS ke Amanah berlaku walaupun selepas itu ketakutan telah ditimbulkan dalam kalangan anggota mereka bahawa rakan Amanah dalam Pakatan Harapan, DAP adalah anti-Islam.

Sebahagian besar peningkatan jumlah ahli berlaku di Kelantan, sebuah negeri yang dikuasai PAS selama hampir tiga dekad, kata Mohamad kepada The Malaysian Insight.

“Sambutan Amanah di Kelantan menghairahkan. Ada kawasan sampai dua hingga tiga ribu ahli baru.  

“Ada orang PAS yang tak boleh terima Umno kerana rekod mereka sampai keluar istilah-istilah berat. Jadi mereka masuk Amanah,” katanya.

Sejarah PAS dan Umno telah menyaksikan penyokong kedua-dua kem menamakan setiap orang adalah kafir dan pelampau sehinggakan negeri-negeri seperti di Terengganu, masjid dan surau telah dibahagikan mengikut penyokong.

Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Umno dituduh menafikan dana pembangunan yang sangat diperlukan Kelantan sebagai tindak balas untuk PAS mengambil alih kerajaan selepas pilihan raya umum 1990.

Tetapi PAS telah dapat bertanding di Kelantan sepanjang tujuh pilihan raya umum kerana adanya bekas pemimpin berkarisma Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas hilang kuasa kerajaan Persekutuan Umno memutuskan untuk melupakan sejarah pahit mereka dan membuat pakatan dengan PAS.

Kedua-dua parti pembangkang menandatangani pakatan yang dipanggil muafakat nasional pada September yang merupakan gerakan politik untuk mengalahkan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang. – 5 Disember, 2019

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen