MALAYSIA Hindu Sangam (MHS) menggesa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tajuddin Abdul Rahman meminta maaf kerana menghina kepercayaan mereka di Dewan Rakyat hari ini.
Presiden MHS R.S Mohan Shan memberitahu The Malaysian Insight yang Tajuddin harus memohon maaf kepada semua penganut agama Hindu di negara ini atas kenyataannya ketika menyentuh berkenaan tanda dahi Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer.
Tajuddin mencetuskan kekecohan apabila beliau menyamakan tanda dahi (vibhuthi) Rayer dengan abu dari bekas pemimpin Parti Komunis Malaysia (PKM) Chin Peng.
Vibhuti adalah abu suci yang terbuat dari kayu kering terbakar dalam ritual Agamic.
Para penganut agama Hindu meletakkannya secara tradisional tiga garis mendatar di dahi.
“Ini amalan kami dan tidak sepatutnya membuat kenyataan seperti itu.
“Ini menunjukkan beliau (Tajuddin) tidak menghormati orang Hindu,” katanya kepada The Malaysian Insight. – 3 Disember, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen