DEWAN Rakyat akan membahaskan penemuan jawatankuasa pilihan Parlimen mengenai Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC), kata Liew Vui Keong, walaupun terdapat gesaan menangguhkannya.
“Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang (RUU) IPCMC, Ramkarpal Singh akan membentangkan laporannya untuk dibahaskan di Dewan Rakyat esok,” kata menteri undang-undang pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
“Selepas perbahasan itu, Ramkarpal akan mengadakan penggulungan.”
Ia merupakan kali pertama bagi seorang bukan menteri melakukan penggulungan, dan juga kali pertama ahli Parlimen membahaskan laporan jawatankuasa pilihan mengenai RUU baru.
Ahli Parlimen akan mengundi RUU selepas perbahasan itu, kata Liew.
“Saya kemudian akan membentangkan RUU untuk bacaan ketiga (peringkat jawatankuasa) jika RUU diluluskan. Kini terdapat 37 perubahan (13 perubahan tambahan daripada jawatankuasa pilihan). “
Beliau berkata ia belum pernah dilakukan sebelum ini, sambil menambah ia merupakan kesinambungan proses Parlimen selepas RUU itu dirujuk kepada jawatankuasa pilihan ketika bacaan kedua pada Oktober.
Pada 7 Oktober, Dewan Rakyat memutuskan untuk merujuk RUU IPCMC kepada suruhanjaya pilihan. – 2 Disember, 2019.
Berita penuh di sini
Komen