PEMIMPIN pembangkang Peru Keiko Fujimori dibebaskan dari penjara semalam menghabiskan 13 bulan dalam tahanan sementara menanti tempoh perbicaraan dalam kes rasuah daripada syarikat pembinaan Brazil, Odebrecht.
Pembebasannya dilakukan beberapa hari selepas mahkamah Perlembagaan negara itu memerintahkannya wanita berkenaan dibebaskan selepas menjalani hukuman pra perbicaraan.
“Bagi saya ia peristiwa paling menyakitkan dalam hidup,” katanya ketika meninggalkan penjara dan memeluk suaminya di hadapan sekumpulan penyokong serta wartawan.
Penyokong menyambut pembebasannya dengan tepuk dan teriakan “Pembebasan Keiko! dan “Presiden Keiko!”.
Anak perempuan sulung bekas presiden Alberto Fujimori berusia 44 tahun itu ditahan sejak 31 Oktober 2018.
Suaminya Mark Vito yang merupakan warga Amerika telah melakukan mogok lapar di luar penjara bagi merayu agar isterinya dibebaskan.
“Saya akan mengambil sedikit masa untuk bersatu semula dengan keluarga saya,” katanya kepada wartawan ketika ditanya mengenai masa depan politiknya.
Fujimori didakwa menerima sumbangan secara haram daripada syarikat pembinaan Brazil, Odebrecht untuk membiayai kempen.
Beliau yang merupakan parti berhaluan kanan Pasukan Popular dilihat meninggalkan penjara terletak di daerah Chorrillos di Lima. – AFP, 30 November, 2019.
Komen