WALAUPUN kadar celik huruf negara agak membanggakan, pakar pendidikan dan penganalisis sosial berkata rakyat Malaysia masih ketinggalan jauh berbanding negara lain dalam memupuk budaya membaca.
Dalam satu kajian terbaru dijalankan Central Connecticut State University (CCSU), Malaysia pada tangga keenam dari bawah dalam senarai 61 negara dalam ranking Negara Paling Tinggi Literasi Dunia (WMLN).
Keputusan itu bercanggah dengan pengumuman pada Mei lalu oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Nafisah Ahmad yang menyatakan kadar mampu membaca rakyat Malaysia pada masa ini 94.64% bagi umur 15 tahun ke atas.
Bagaimanapun, penganalisis dan aktivis pendidikan berkata berada pada tangga corot dalam senarai literasi dan berkongsi tempat dengan Indonesia dan Thailand, tidak banyak kaitannya dengan kemampuan rakyat Malaysia membaca, berbanding dengan kemahuan mereka untuk membaca.
Penganalisis dasar Oh Ei Sun daripada Pusat Penyelidikan Pasifik berkata ranking yang rendah bukan petanda kepada tahap pendidikan atau literasi rakyat Malaysia, tetapi berkaitan dengan keengganan mereka untuk membaca.
“Kita sebagai manusia membaca terlalu sedikit buku,” katanya kepada The Malaysian Insight.
“Rakyat di sini boleh membaca, tetapi mereka cuma tidak mahu.”
Setiausaha Kehormat Parent Action Group for Education Malaysia (PAGE) Munawirah Putera berkata tabiat membaca bertambah kurang bagi kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah, terutama di kawasan luar bandar.
“Ibu bapa kanak-kanak dalam kalangan yang mempunyai pendapatan lebih 25% biasanya mempunyai sekurang-kurangnya 10 buku di rumah.
“Ibu yang lebih kaya biasanya lebih 50% akan membaca untuk anak mereka sekurang-kurangnya tiga kali seminggu,” katanya kepada The Malaysian Insight, memetik kepada satu kaji selidik.
Sehubungan itu, katanya PAGE secara aktif menyokong program untuk membantu masyarakat lebih miskin, mendidik mereka mengenai pentingnya pendedahan tabiat membaca bagi kanak-kanak.
Maklumat daripada laman web CCSU berkata WMLN dalam menarafkan negara berdasarkan kepada sikap celik huruf dalam kalangan penduduk dan sumber sokongan mereka, bukan semestinya berasaskan kepada kemampuan membaca.
Penarafan itu berdasarkan kepada lima petunjuk yang membawa kesan kepada negara – perpustakaan, akhbar, input dan output pendidikan serta komputer.
“Berdasarkan kepada kajian WMLN kita tidak teruk dalam penyediaan perpustakaan dan ia disokong dengan jumlah komputer bagi isi rumah,” kata Munawirah.
Bagaimanapun, katanya kerajaan boleh meningkatkan jumlah perpustakaan masyarakat untuk memudahkan mereka yang tinggal di luar bandar mendapatkan buku.
“Kita juga boleh meningkatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia yang hanya membaca dua buku setahun, dengan mempromosikan program memaklumkan ibu bapa golongan pendapatan rendah mengenai nilai bercakap dan membaca untuk anak kecil mereka,” katanya.
Pada 2005, Kaji Selidik Literasi Negara dijalankan oleh Perpustakaan Negara menunjukkan rakyat Malaysia hanya baca purata dua buku setahun, jumlah hampir sama pada 10 tahun lalu pada 1996.
Kaji selidik sama dijalankan pada 1982 melaporkan rakyat Malaysia hanya membaca purata satu hingga dua halaman setahun.
Dalam ranking literasi CCSU, negara jiran Singapura pada tangga ke-36, sementara negara Asia lain yang tersenarai ialah Korea Selatan (22), Jepun (32) dan China (39). – 26 Oktober, 2017.
Komen