DEWAN Rakyat meluluskan RM290 bilion bagi Belanjawan 2020 pada 6.41 petang ini tanpa sebarang pindaan selepas 15 hari perbahasan hangat.
Timbalan Speaker Nga Kor Ming, yang mengetuai sesi itu, membenarkan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 untuk undi yang kemudiannya diluluskan melalui suara majoriti.
Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng (Bagan-PH) pada 11 Oktober.
Ia dibentangkan untuk bacaan ketiga dan terakhir oleh Lim, yang disokong oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu (Kota Raja-PH).
Rang undang-undang itu, yang bertujuan menyediakan sejumlah RM290 bilion untuk perbelanjaan kerajaan tahun depan, dibahaskan di peringkat jawatankuasa sehingga kira-kira jam 6.37 petang dengan Kementerian Pendidikan menjadi yang terakhir.
Dewan Rakyat akan diteruskan pada Isnin depan bagi perbahasan pindaan Rang Undang-Undang Cukai Pendapatan, Rang Undang-undang Petroleum (Cukai Pendapatan) dan Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan.
Kementerian Pertahanan juga dijangka melancarkan Kertas Putih Pertahanan pada Isnin depan. – 28 November, 2019.
Komen