Speaker boleh bertindak ke atas ahli Parlimen enggan isytihar harta, kata Latheefa 


Noel Achariam

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata speaker Dewan Rakyat diberi kuasa untuk ambil tindakan terhadap ahli Parlimen yang enggan isytihar harta mereka.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 November, 2019.

TERPULANG kepada speaker Dewan Rakyat untuk mengambil tindakan terhadap wakil rakyat yang gagal mengisytiharkan aset mereka sebelum tarikh akhir 5 Disember, kata Latheefa Koya.

Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu berkata, mereka hanya sebagai pemantau pengisytiharan aset, namun tiada kuasa untuk mengambil tindakan.

“Terpulang kepada speaker untuk mengambil tindakan. Mereka (ahli Parlimen) perlu hormatinya,” katanya pada satu program di Kelab Bangsar Utama malam ini.

Ahli Parlimen pembangkang masih belum memutuskan sama ada mereka akan mengisytiharkan aset mereka menjelang tarikh akhir yang ditetapkan oleh Parlimen.

Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan membincangkan perkara itu dan akan maklumkan kepada media minggu depan.

“Kita akan bincangan dahulu dan kemudian adakan sidang media berhubung perkara itu sebelum 5 Disember. Tunggu sahaja minggu depan,” katanya ketika ditanya mengapa wakil rakyat pembangkang belum mengisytiharkan aset mereka.

Hanya beberapa ahli ParlimenPakatan Harapan, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yelah mengisytiharkan harta mereka kepada pejabat Speaker sejak 1 Julai, apabila Dewan Rakyat meluluskan usul untuk mewajibkan pengisytiharan rahsia kepada semua wakil rakyat.

Latheefa berkata ketika ini pihaknya hanya mengumpul maklumat dari borang pengisytiharan dan selepas itu mereka akan siasat dan melihatnya.

“Tugas kami bukan untuk ambil tindakan berdasarkan apa yang mereka isytiharkan tetapi sekiranya kita dapati pengisytiharan yang dibuat itu palsu maka tindakan akan diambil.”

Semalam Dewan Rakyat memutuskan untuk melanjutkan tarikh akhir pengisytiharan harta kepada 5 Disember. – 27 November, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen