Timbalan menteri salahkan daulah terpendam dalam penahanan kes LTTE


Sheridan Mahavera

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R Sivarasa berkata penahanan dua wakil rakyat kerana dituduh menghidupkan semula LTTE bertujuan menjejaskan PH, dan akibatnya dapat dilihat menerusi PRK Tanjung Piai. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 November, 2019.

ELEMEN daulah terpendam dalam pasukan polis dan pejabat peguam negara penyebab penahanan dua wakil rakyat di bawah undang-undang anti keganasan yang kontroversi, kata timbalan menteri R Sivarasa.

Penahanan dua wakil rakyat terbabit bersama-sama 10 individu lain kerana dituduh cuba menghidupkan semula Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah bertujuan untuk menjejaskan Pakatan Harapan (PH), katanya yang juga pernah menjadi peguam.

Sivarasa berkata penahanan mereka di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), menyebabkan mereka yang menyokong PH pada Pilihan Raya Umum ke-14, berang.

Katanya, penahanan itu tidak pernah disokong oleh Kabinet atau mana-mana menteri kanan dalam pentadbiran.

Kewujudan daulah terpendam antara cabaran terbesar dihadapi PH dalam usahanya mengubah institusi utama, tambahnya.

Daulah terpendam merujuk kepada individu atau kumpulan dalam birokrasi yang membawa agenda mereka sendiri yang mungkin bertentangan dengan matlamat pentadbiran yang dilantik.

“Kerosakan politik akibat daripada semua ini menyebabkan sejumlah besar pengundi India dan sebahagian penyokong kami dalam kalangan Cina dan Melayu, marah,” kata Sivarasa kepada The Malaysian Insight. – 27 November, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen