Lebih ramai pelancong sempena TMM 2020 jika tiada jerebu, kata menteri


Noel Achariam

Menteri pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Mohamaddin Ketapi berkata jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia menjejaskan sedikit jumlah kedatangan pelancongan sedikit pada September. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 November, 2019.

JIKA tiada isu alam sekitar seperti jerebu pada tahun depan, Malaysia yakin akan menerima 30 juta pelancong bagi Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) kata Mohamaddin Ketapi.

Menteri pelancongan, kesenian dan kebudayaan berkata, jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia menjejaskan sedikit jumlah kedatangan pelancongan sedikit pada September.

“Pada September, jerebu bukan sahaja menjejaskan Malaysia tetapi negara jiran kita yang lain seperti Brunei, Singapura dan Thailand.

“Sekiranya tiada jerebu, ketibaan pelancong kita akan meningkat,” kata beliau di pejabat kementerian di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata dengan TMM 2020 mereka menjangkakan penerimaan pelancong dengan nilai RM100 bilion.

Bagi tahun ini, beliau berkata ketibaan pelancong meningkat sebanyak 3.7% (19,386,115 pelancong) dari Januari hingga September tahun ini.

Mohamaddin berkata sebahagian besarnya ialah pelancong dari Singapura, Indonesia, China, Thailand, Brunei, India, Korea Selatan dan kawasan lain.

Mengikut data, tempoh purata penginapan meningkat bagi pelancong dari Arab Saudi, Belanda, Perancis, United Kingdom dan Amerika.

Beliau berkata perbelanjaan pelancong dari Januari hingga September meningkat kepada 6.9% berbanding RM 61.85 bilion kepada RM 66.14 bilion.

“Penyumbang utama adalah dari Singapura, China, Indonesia, Thailand dan India.”

Mohamaddin juga berkata mereka secara agresif mempromosikan TMM 2020.

“Kami melakukan banyak kempen dan berharap dapat mencapai sasaran kami.” – 26 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen