PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan kegagalan dua Adun PKR menghadiri persidangan DUN Melaka semalam untuk memilih Halim Bachik sebagai senator sebagai tidak dapat diterima.
Anwar berkata beliau akan bertemu dengan Ginie Lim dan Muhamad Jailani Khamis bagi mendapatkan alasan mengapa mereka tidak hadir semalam.
“Saya akan berhubung dengan mereka. Saya sepatutnya bertemu dengan mereka hari ini.
“Ketidakhadiran mereka tidak dapat diterima kerana mereka perlu menghormati keputusan negeri itu dan kita mesti menyokong keputusan Ketua Menteri,” kata Ahli Parlimen Port Dickson kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.
Ditanya sama ada sebab ketidakhadiran mereka disebabkan pertelingkahan dalam parti Anwar berkata ia tidak sepatutnya berlaku.
“Pertelingkahan atau tidak, keputusan negeri dan parti mesti dihormati,” katanya. – 26 November, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen