Kelas agama perlu dibuat selepas tamat waktu sekolah, kata pakar akademik


Sheridan Mahavera

Pakar akademik berpendapat kelas agama perlu diadakan selepas waktu persekolahan bagi membina lebih banyak keharmonian dalam kalangan murid pelbagai kaum. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 November, 2019.

KELAS-KELAS agama seperti pengajian Islam perlu diadakan selepas waktu persekolahan bagi membina lebih banyak keharmonian antara murid dari pelbagai kaum, kata golongan akademik

Ini kerana pengasingan murid-murid ketika kelas agama meninggalkan kesan mendalam yang akan mengukuhkan lagi perbezaan di antara mereka, kata Dr Sharifah Munirah Syed Alatas.

Sebaliknya kelas agama harus diadakan selepas waktu persekolahan, kata pensyarah kanan dalam kajian strategik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Paling utama bagi saya ialah tidak memisahkan murid-murid. Jangan buat mereka merasa berbeza kerana ada kanak-kanak daripada golongan minoriti,” katanya selepas menghadiri satu forum di Universiti Malaya.

“Apabila golongan majoriti pergi ke sesuatu tempat untuk belajar sesuatu yang berbeza, ia sangat mudah mempengaruhi kanak-kanak. Mereka ini perlu dibesarkan sebagai satu kumpulan yang menjalani hari persekolahan bersama.

“Jika kelas agama diadakan selepas waktu persekolahan, ia boleh dilakukan di bangunan sekolah dan ibu bapa boleh turut serta,” katanya.

Kelas pengajian Islam adalah sebahagian daripada sukatan pelajaran rasmi di semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan serta hanya untuk murid beragama Islam.

Semasa kelas agama, orang Islam dan bukan Islam dipisahkan ke dalam kelas yang berbeza. Murid bukan Islam dimasukkan ke dalam kelas pelajaran moral. – 25 November, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen