Pengeksport dakwa kos naik 700% ganda kerana peraturan baharu


Khoo Gek San

pengeksport dibelenggu kenaikan perbelanjaan dan mereka mendakwa tidak mampu menanggung kos itu serta kecewa kerana tidak dapat meletakkan kos itu kepada pengguna di Singapura. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 November, 2019.

PENGEKSPORT buah dan sayur ke pasaran Singapura mendakwa kos operasi mereka meningkat 700% sejak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) melaksanakan beberapa langkah baharu.

Pada 23 Oktober lalu, Maqis mengumumkan bahawa jumlah barangan yang boleh dieksport secara pukal dikurangkan daripada 50 kepada 10 barang.

Langkah ini menyebabkan kenaikan kos sebanyak 500% dan 700% kepada pengeksport serta mencetuskan rasa tidak puas hati kepada pemain industri.

Pengeksport mendakwa Maqis menekan mereka dengan perubahan itu yang dilihat akan menyebabkan mereka perlu memohon banyak kali permit pelbagai barangan eksport dari agensi tersebut.

Roy Liang, pengeksport dari Machap, Johor berkata beliau hanya menyedari pelaksanaan langkah baru itu apabila tidak boleh memohon untuk mengeksport buah dan sayuran pada 21 Oktober di sempadan Johor-Singapura.

Beliau berkara perubahan drastik itu menyebabkan kesesakan teruk di Tambak Johor.

Pengeksport mendakwa Maqis menekan mereka dengan perubahan itu yang dilihat akan menyebabkan mereka perlu memohon banyak kali permit pelbagai barangan eksport dari agensi tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 November, 2019.

Mengulas mengenai kesan langkah itu, Lian berkata syarikat eksportnya mempunyai lebih 100 jenis buahan dan sayuran yang dibawa ke Singapura.

Jelasnya kebanyakan syarikat eksport mempunyai jumlah barangan yang sama dan kini beliau terpaksa memohon 10 permit yang berbeza bagi mengeksport barangnya.

Katanya hal itu menyebabkan kenaikan kos sebanyak 700% dan terpaksa ditanggung oleh setiap syarikat pengeksport.

“Kos penghantaran sayur ke Singapura menggunakan lori pada asalnya RM100. Tetapi langkah baharu itu meningkatkan kos sebanyak RM750, meningkat tujuh kali ganda,” katanya.

Perubahan peraturan oleh Maqis menyebabkan kesesakan trafik yang teruk di Tambak Johor pada bulan lepas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 November, 2019.

Liang berkata beliau menghantar sekurang-kurangnya 100 lori ke Singapura pada setiap hari dan jika setiap lori menelan kos RM300 untuk memohon permit, ini bermakna kos sebulan akan mencecah Rm30,000 dan jumlah itu mencapai ratusan ribu ringgit setahun.

“Tidakkah itu bermakna Maqis meraih banyak pendapatan berbanding kami? Jika kami boleh memperoleh RM30,000 hingga RM40,000 sebulan (seperti Maqis), maka kami boleh mengupah lebih ramai pekerja,” katanya.
 
Sebulan selepas dasar baharu itu dilaksanakan, pengeksport dibelenggu kenaikan perbelanjaan dan mereka mendakwa tidak mampu menanggung kos itu serta kecewa kerana tidak dapat meletakkan kos itu kepada pengguna di Singapura.  – 25 November, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen