TIMBALAN Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P Ramasamy hari ini berkata beliau yakin Pakatan Harapan (PH) akan bangkit semula daripada kekalahan di pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai.
Beliau berkata Putrajaya akan muncul semula daripada kemunduran sementara untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan yang hilang di kalangan rakyat Malaysia daripada semua kaum dan agama.
“Ia bukan hanya tentang pilihan raya kecil tetapi juga merupakan satu petunjuk tanda buruk yang akan datang untuk PH jika sebab-sebab di sebalik kekalahan tidak dikaji secara jujur dan berani dalam masa terdekat.
“PRK itu bukan pertandingan populariti antara Barisan Nasional (BN) yang merupakan parti pembangkang dan parti pemerintah, tetapi undi protes terhadap PH,” katanya dalam satu kenyataan yang juga disiarkan di Facebook peribadinya.
Pada Sabtu, PH kalah kepada BN dengan margin 15,000 undi yang tidak diduga.
Keputusan itu dianggap sebagai penolakan terhadap pentadbiran 18 bulan PH dan mendorong gesaan terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengundurkan diri.
Ramasamy berkata, BN tidak boleh berasa terlalu gembira dengan kemenangan ini kerana ia uatu sikap yang menunjukkan kelalaian.
“Fakta bahawa kekalahan PH kali ini merupakan kekalahan paling teruk dari gabungan itu setelah mengalahkan BN berikutan penguasaan politik negara Malaysia selama lebih dari enam dekad tidak boleh dinafikan.
“Sekiranya BN dapat mengalahkan PH dalam PRK dengan jangkaan atau tidak, maka ada sesuatu yang benar-benar tidak kena terhadap pemerintah pakatan.”
Beliau berkata pemimpin PH tidak sepatutnya mengambil ringan kekalahan itu dan perkara hanya akan menjadi lebih buruk jika langkah atau pembaharuan yang dijanjikan tidak diterjemahkan kepada tindakan konkrit.
“Sikap pemimpin-pemimpin PH yang gagal untuk menghargai kemurahan hati masyarakat Malaysia, kekurangan dinamisme dalam melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan dalam manifesto PRU14, kelalaian dalam menangani isu perkauman, ketiadaan rancangan penggantian PM yang pasti, kemunculan persaingan intra-parti, kekurangan kemajuan dalam perkara dasar, dan isu lain boleh dikaitkan dengan undi protes.”
Ramasamy berkata tempoh setahun lapan bulan cukup lama untuk gabungan pemerintah menyesuaikan diri.
“Kerajaan tidak boleh meminta lebih banyak masa berdasarkan alasan menteri yang baru dilantik masih kurang pengalaman dan baru.
“Sebenarnya, rakyat mungkin memahami sedikit berkenan perkara ini dan prihatin, bagaimanapun, mereka kecewa ketika kerajaan tidak melaksanakan sesuatu perkara dengan serius dan menteri yang terlibat selalunya mengundur kembali daripada melakukan pembaharuan.”
Beliau juga mengatakan bahawa perlindungan kerajaan kepada pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik dan hukuman kepada 12 individu yang kebanyakannya anggota parti komponen PH berhubung dakwaan ada kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia.
“Lebih lama lagi, Zakir Naik diberi perlindungan di negara ini, ia akan mengambil lebih banyak masa lagi bagi kerajaan untuk meyakinkan rakyat tentang niat baiknya.” – 21 November, 2019.
Komen