DR Mahathir Mohamad hari ini menafikan merancang atau mengarahkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali untuk mengadakan pertemuan dengan 30 ahli Parlimen Barisan Nasional pada Isnin.
“Mungkin, saya seorang diktator tapi sata tak tentukan kali ini,” kata perdana menteri ketika ditanya sama ada beliau di sebalik pertemuan Azmin itu.
Sumber memberitahu The Star bahawa Dr Mahathir mengarahkan Azmin menguruskan semua permintaan daripada ahli Parlimen pembangkang.
Namun Dr Mahathir berkata beliau masih belum bercakap dengan Azmin mengenai pertemuan itu.
“Saya belum cakap lagi dengan dia dan saya tidak tahu kenapa beliau adakan pertemuan itu. Tetapi ia juga melibatkan parti lain.
“Ini adalah masalah PKR dan mereka perlu siasat perkara ini,” kata pemimpin berusia 94 tahun itu.
Ditanya sekiranya beliau akan percepatan peralihan kuasa susulan kekalahan di Tg Piai, Dr Mahathir berkata: “Terpulang kepada parti dan mereka boleh pecat saya kalau mereka mahu.”
Mengenai sama ada beliau bimbang tentang undi tak percaya terhadapnya di Parlimen, Dr Mahathir berkata: “Kita adalah negara bebas dan dalam demokrasi kamu boleh adakan undi tak percaya atau undi percaya.” – 20 November, 2019
Komen