LAWATAN mahkamah ke klia2 menarik perhatian ramai ketika suspek pembunuhan King Jong-nam, Doan Thi Huong dan Siti Aisyah dibawa ke laluan yang mereka ambil pada 13 Februari, iaitu pada hari warga Korea Utara itu mati.
Sekurang-kurangya 50 anggota polis lengkap memakai topeng, jaket kalis peluru dan senjata Sub Machine Gun (SMG) mengiringi peguambela, pendakwa dan Hakim Azmi Ariffin serta kedua-dua suspek.
Kira-kira 400 anggota polis di letakkan di seluruh klia2 untuk keselamatan pada hari kesembilan perbicaraan, kata polis. Hampir seratus pemberita mengikuti.
Doan dan Siti memakai baju kurung dan berjaket kalis peluru.
Ini merupakan lawatan kedua mahkamah semenjak perbicaraan bermula pada 2 Oktober, selepas lawatan ke sebuah makmal perubatan di Jabatan Kimia pada 9 Oktober.

Lawatan hari ini bermula pada jam 9.50 pagi dengan mengikuti laluan diambil oleh Doan dan kemudian Siti, bermula dari kiosk daftar masuk di dewan pelepasan utama di mana Kim didakwa diracun dengan agen saraf VX. Kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah dan berkata mereka diperangkap.
Lawatan yang mengambil masa lebih dua jam itu turut melawat restoran berhampiran, Bibik Heritage, dimana Siti dilihat pada rakaman CCTV bercakap dengan seorang lelaki yang disebut pendakwa membelikannya tiket teksi.
Lokasi lain yang dilawati termasuk Klinik Perubatan Menara di Aras 2, tandas di mana Doan didakwa mencuci bahan kimia dari tangannya dan perhentian teksi di hab pengangkutan di Aras 1.
Kumpulan itu bergerak dengan pantas. Setengah jam lawatan, Doan dan Siti diletakkan di kerusi roda. Kedua-duanya kelihatan letih di akhir lawatan.
“Sepertinya mereka tak melakonkan semula kejadian pembunuhan, mereka bergegas dari satu lokasi ke lokasi lain,” kata wartawan CGTN, Rian Maelzer.
“Saya tak faham. Bolehkan mereka dapatkan semuanya? Kedudukan CCTV dan semuanya?”

Orang ramai kelihatan terpaku dengan lawatan itu.
“Ia mengejutkan. Maksud saya, selepas mengikuti kes ini, dan mereka hanya wanita,” kata Kerri, warga Amerika Syarikat.
Yoki Lim, yang memiliki sebuah kedai telekomunikasi berhadapan dengan hentian teksi berkata, dia belum pernah melihat kumpulan seramai itu.
“Wow. Ini boleh jadi berita antarabangsa. Harapnya kejadian seperti itu tak akan berlaku lagi. Ia menyebabkan negara kelihatan teruk,” katanya. – 24 Oktober, 2017.
Komen