BN dahului kiraan undi awal


Chan Kok Leong

Calon BN Wee Jeck Seng beramah mesra dengan pengundi di pusat pengundian di SJK (C) Yu Ming 1 di Pekan Nanas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 16 November, 2019.

BARISAN Nasional (BN) mendahului 111 undi dalam pengundian awal dan undi pos pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN Wee Jeck Seng meraih 273 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini yang mendapat 162 undi.

Presiden Berjasa Dr Badrulhisham Abd Aziz meraih 12 undi manakala calon Gerakan Wendy Subramaniam hanya mendapat tiga undi.

Calon Bebas Dr Ang Chuan Lock mendapat satu undi manakala seorang lagi calon Bebas Faridah Aryani Abd Ghani masih belum mendapat sebarang undi.

Pada Selasa, 91% keluar mengundi awal di ibu pejabat polis Pontian.

Seramai 280 anggota polis layak mengundi pada PRK kali ini dengan pecahan 210 di Kukup, 18 di Pekan Nanas, 38 anggota yang bertugas di luar daerah dan 14 pesara.

Proses pengundian di Tanjung Piai secara rasmi ditutup pada pukul 5.30 petang.

Proses pengiraan sedang dijalankan. – 16 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen