Setakat 3 petang, 64% keluar mengundi di Tg Piai


PRK Tanjung Piai sedang berlangsung, 63% keluar mengundi setakat jam 3 petang tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 16 November, 2019.

SETAKAT jam 3 petang tadi, peratusan keluar mengundi di Tanjung Piai adalah 64%, kata Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pusat mengundi akan ditutup pada jam 5.30 petang ini.

Sebelum ini, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata pakatan pemerintah yang mempertahankan kerusi itu berharap peratusan keluar mengundi akan mencecah 70%.

Peratusan keluar pengundi rendah pada lapan pilihan raya kecil yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lepas.

Peratusan tertinggi dicapai pada PRK Rantau pada April lalu iaitu sebanyak 79.31%.

Kerusi Tanjung Piai mempunyai 52,698 pemilih berdaftar terdiri daripada 57% Melayu, 42% Cina dan 1% lain-lain.

Pertandingan enam penjuru berlaku dengan calon PH dan Barisan Nasional mendahului. – 16 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen