Pakatan harap jumlah keluar mengundi di Tanjung Piai cecah 70%


Chan Kok Leong

Pengundi beratur menunggu giliran untuk membuang undi di SJK (C) Yu Ming 1 di Pekan Nanas, Johor bagi PRK Tanjung Piai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 16 November, 2019.

PAKATAN Harapan (PH) berharap peratusan keluar mengundi akan mencecah 70% dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai apabila pengundian berakhir pada jam 5.30 petang nanti, kata Muhyiddin Yassin.

“Setakat ini, jumlah keluar mengundi sudah 51%.

“Ada kemungkinan jumlah keluar mengundi cecah 70% selepas orang ramai selesai menunaikan solat Zohor,” kata menteri dalam negeri kepada pemberita di IPD Pontian hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan jumlah keluar pada tengah hari sekitar 43%.

Sementara itu, Muhyiddin berkata pengundian berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini.

“Terdapat beberapa yang mengejek dan melaungkan slogan tetapi itu biasa dalam pilihan raya.

“Selagi tiada provokasi yang melampau, semuanya okay,” kata beliau. – 16 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen