Pengundi Tanjung Piai masih bengang, Pakatan tidak tepati janji


Chan Kok Leong

PRK Tanjung Piai akan diadakan pada Sabtu ini. Sebahagian pengundi Melayu dan Cina dikatakan tidak berpuas hati dengan PH. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 November, 2019.

DR Mahathir Mohamad hampir tepat bila berkata dua kumpulan etnik terbesar di negara ini – Melayu dan Cina – marah kepada kerajaan pada masa sama.

“Tetapi dua situasi ini tidak sepatutnya berlaku pada masa sama terhadap kerajaan yang sama,” kata perdana menteri.

Bagi rakan sekolah TH Tan dan SH Lim, semua ini kerana janji yang tidak ditepati.

“PH janji banyak perkara tetapi kita tidak nampak pun perubahannya,” kata Lim, sambil melihat Dr Mahathir berucap di ceramah terbesar PH dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, malam tadi.

Lim, 46, memandu dari Pekan Nanas ke Kukup untuk mendengar ceramah itu.

“Saya tidak pernah ketinggalan ceramah PH di Johor,” katanya, menandakan beliau seorang penyokong.

“Tetapi saya fikir ini masanya untuk undi pihak lain bagi mengingatkan tentang janji mereka. Saya masih suka mereka tetapi mereka juga perlukan peringatan,” kata Lim.

Ketika ditanya apa janji yang tidak ditepati itu, Tan berkata tentang pendidikan.

“Saya hendak lihat kerajaan ini iktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC),” kata Lim, yang mengakui beliau dulu menghadiri sekolah menengah kerajaan.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turun padang ke Pontian, Johor malam tadi, berkempen untuk calon PH di PRK Tanjung Piai, Karmaine Sardini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 November, 2019.

Walaupun Lim dan Tan bukan lepasan UEC, kata mereka adalah penting untuk PH menepati janji.

“Dan saya hendak lihat apa yang Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan buat untuk UTAR,” kata Lim yang tamat pengajian dari Kolej TAR, 20 tahun lalu.

Sama juga dengan penjual minuman, Nor Hisham, 48, janji tidak ditetapi dalam manifesto PH, menimbulkan rasa tidak puas hati.

“Saya ada empat anak dan salah seorang masih berhutang dengan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) sebanyak RM40,000.

“Ia mengecewakan. Bila saya lihat anak bersusah-payah, saya terpaksa bantu sikit, walaupun saya pun tidak ada banyak duit,” katanya.

Nor Hisham, yang tinggal di Bandar Permai terpaksa berhenti kerja untuk menjual minuman di pasar malam selepas cedera di kakinya kerana satu kemalangan.

“Saya suka calon PH Karmaine Sardini, tetapi janji tidak ditepati itu yang mengganggu saya. Harga petrol tidak turun sementara hanya minyak sawit rendah,” katanya yang menutup gerai selepas melihat konvoi Dr Mahathir meninggalkan bandar Kukup.

Peniaga getah sekerap, Md Sharizan Mat Salim, 36, lebih terbuka bila berkata beliau rasa “tertipu”.

“Kerajaan baharu tidak tetapi janji dan kemudian mereka kurangkan reduced BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).”

Kebanyakan rakyat masih ingat program bantuan tunai BR1M walaupun ia dijenamakan semula sebagai BSH (Bantuan Sara Hidup). BR1M diperkenalkan oleh Barisan Nasional pada 2013.

“Kerajaan mahu beri kita subsidi petrol. Tetapi hanya RM30 sebulan. Apa yang bagusnya?,” katanya.

Walaupun sebahagian penduduk Melayu dan Cina berkongsi rungutan yang sama, Geh yang berniaga puding kelapa di Kukup berkata, beliau sedia memberikan PH satu lagi peluang.

“Memang betul Cina tidak suka sekarang tetapi ini isu diwarisi daripada kerajaan terdahulu.

“Saya rasa mereka patut diberi lebih banyak masa,” kata Geh, 60. – 14 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen