PENGUNDI muda yang akan menung buat kali pertama pada pilihan raya umum akan datang perlu tahu bahawa ini adalah negara mereka dan ia bukan milik seorang individu, kata ahli akademik Tajuddin Rasdi.
Penasihat kepada NGO Malaysian Action for Justice and Unity Foundation (Maju) itu berkata, negara ini bukan milik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim, PAS atau Umno.
“Mereka yang berusia 18 tahun yang akan mengundi perlu sedar ini adalah negara mereka. Pengundi adalah pemilik negara dan tuan kepada masa depan mereka sendiri.
“Masa depan adalah hak mereka dan ia tidak boleh dibentuk oleh orang lain. Kamu (belia) bertanggungjawab terhadap masa depan kamu sendiri,” katanya pada sebuah forum bertajuk “Be Empowered to Save Malaysia”.
Julai lalu, Parlimen mengundi untuk menurunkan had umur mengundi kepada warga Malaysia daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Selepas ia diluluskan, pilihan raya umum ke 15 akan menyaksikan rakyat Malaysia berumur 18 tahun akan mengundi dan dijangka akan didaftarkan seara automatik selepas mereka mencapai umur berkenaan.
Tajuddin juga berkata, belia perlu aktif dan mengambil tahu mengenai pertumbuhan negara. – 13 November, 2019.
Komen