RAKYAT Malaysia perlu lebih lantang untuk lebih maju dan untuk suara minoriti didengar, kata aktivis peguam Siti Kasim.
Presiden Malaysian Action for Justice and Unity Foundation (Maju) itu berkata, ini juga bagi memastikan kepentingan hak minoriti diberi perhatian dalam cara yang positif.
“Ini untuk perlindungan hak masyarakat minoriti.
“Langkah progresif bagi semua yang tidak mempunyai doktrin agama,” katanya pada forum bertajuk “Be Empowered to Save Malaysia” malam ini.
Siti berkata bahawa semua kaum harus berada di barisan depan pergerakan progresif ini.
“Ini akan menjadi tugas berterusan dalam mempengaruhi kerajaan dan perundangan mengenai isu ini.
“Ia hanya satu daripada cara pembaharuan yang boleh dicapai.”
Beliau berkata untuk mencapai pembaharuan, rakyat harus memilih dengan bijak semasa pilihan raya.
“Untuk mencapainya rakyat mesti memilih calon yang tepat dengan agenda hak untuk dipilih.
“Perlu ada juga penglibatan yang berterusan dengan wakil rakyat untuk membendung birokrasi.
Beliau berkata matlamat utama Maju adalah untuk menyatukan rakyat progresif semua kaum dan latar belakang agama untuk mencapai nilai liberal, sederhana dan progresif.
“Kami mahu kerajaan kita mengubah ekonomi sosial dan membina negara yang lebih progresif,” katanya. – 13 November, 2019.
Komen