Aktivis DAP tidak ambil peduli konflik dengan Bersatu, video MB Perak


Sheridan Mahavera

PH perlu mengekalkan tahap sokongan 64% pengundi Cina yang terdiri 42% daripada jumlah keseluruhan pengundi untuk mengekalkan Tanjung Piai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 10 November, 2019.

DI Pontian Kechil, Eileen Ng bersama rakannya yang lain menjadi sukarelawan pada ceramah dipimpian DAP, tidak sampai sehari selepas video menunjukkan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu memperkecilkan parti itu.

“Hanya sebahagian daripada kami melihat video itu tetapi kita tahu mengenainya. Tetapi ia tidak menjejaskan kami,” katanya yang merupakan penduduk tetap di pinggir kawasan Parlimen Tanjung Piai.

Memakai kemeja-T dengan lambang Pakatan Harapan (PH), Ng dan beberapa sukarelawan berketurunan Cina yang lain menyusun kerusi, memasang pembesar suara, menggantung bendera dan mengedarkan risalah kepada kira-kira 150 orang yang hadir untuk mendengar ucapan daripada pemimpin tertinggi DAP.

Video Faizal merupakan bukti kepada hubungan dingin antara Bersatu, parti Melayu PH dengan DAP.

Pakar strategi bimbang perbalahan berterusan di antara kedua-dua pihak mengenai pelbagai isu akan melemahkan semangat sukarelawan DAP dan menjejaskan sokongan keseluruhan kaum Cina terhadap gabungan dalam pilihan raya kecil (PRK) itu.

PH perlu mengekalkan tahap sokongan 64% daripada pengundi Cina yang terdiri daripada 42% pengundi, menurut pakar strateginya.

Perselisihan lain termasuk pemimpin DAP Selangor Ronnie Liu terhadap Presiden Bersatu Dr Mahathir Mohamad, dasar Kementerian Pendidikan mengenai tulisan khat bagi pelajar sekolah murid vernakular dan kehadiran pemimpin Melayu dalam PH pada Kongres Maruah Melayu.

Tindakan kerajaan melambat-lambatkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi sekolah menengah persendirian Cina juga mengecewakan mereka dan menyebabkan penyokong DAP dalam keadaan defensif. – 10 November, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen