KEMISKINAN kekal sebagai isu utama negara tidak kira sama ada kerajaan diterajui Barisan Nasional atau di bawah Pakatan Harapan sekarang, kata Anwar Ibrahim.
“Tiada sebarang kemajuan sejak dekad lalu. Ia menunjukkan negara masih belum maju.
“Bagi menangani isu kemakmuran bersama, negara perlu kekal makmur,” kata presiden PKR pada Forum Ekonomi Belia 2019 di Kuala Lumpur hari ini.
Anwar berkata, Putrajaya perlu menerima gesaan pakar untuk mentakrifkan tahap kemiskinan negara dan kumpulan pendapatan untuk mengatasi kemiskinan dengan berkesan.
“Kita perlu terima bahawa ekonomi perlu menjadi fokus utama kita.
“Dan kita perlu lakukan apa sahaja bagi memastikan kita mendapat keyakinan dalam pelaburan domestik dan pelaburan langsung asing bagi meningkatkan ekonomi.
“Sekiranya kita mahu perubahan, kita perlu lihat situasi (kemiskinan) dengan lebih kritikal.”
Anwar juga berkata, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersetuju bahawa pengukur baharu bagi menentukan kadar kemiskinan negara dengan lebih tepat perlu diperkenal.
“Kita ada konsensus untuk meminta kerajaan meletakkan kadar kemiskinan pada tahap lebih tinggi kerana Dr Mahathir berkata beliau akan mempertimbangkan pandangan berhubung bagaimana untuk mengukur tahao kemiskinan.”
Institut Penyelidikan Khazanah berkata, Putrajaya perlu memperkenalkan kategori pendapatan baharu bagi mengurangkan jurang pendapat dan menangani kemiskinan dengan lebih berkesan.
Menurutnya, sekiranya kemiskinan B40 berterusan, kumpulan ini akan mendapat kualiti hidup yang teruk, selain kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Putrajaya membelanjakan sejumlah besar peruntukan bagi program pembasmian kemiskinan setiap tahun namun hasilnya adalah sedikit. – 9 November, 2019.
Komen