SEMUA pelaburan langsung asing termasuk dari China perlu terbuka kepada pemantauan awam, kata ahli panel forum hari ini.
Ahli panel bagi rundingan meja bulat “Pelaburan China – Kesan Ekonomi dan Geopolitik” berkata, kerajaan perlu mendedahkan Indeks Pencapaian Utama (KPI) dan pencapaian pelabur asing setiap enam bulan bagi memastikan ketelusannya.
“Secara umum, saya mengatakan pelaburan adalah satu perkara baik, tetapi apabila ia melibatkan keadaan biasa yang dipengaruhi China sekarang, yang boleh dilihat sejak awal, terdapat persoalan tadbir urus, ketelusan, pengeluaran kontrak secara kompetitif,” kata ahli panel Wan Saiful Wan Jan semasa sidang akhbar.
Wan Saiful daripada Institut Demokrasi dan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), berkata selain syarikat Melayu, syarikat bukan Melayu juga turut terjejas kerana tidak mempunyai peluang bersaing apabila sesuatu kontrak ditandatangani tanpa proses tender terbuka.
“Dengan permulaan sebegitu, ia menimbulkan persoalan dan kebimbangan mengenai bagaimana kita akan meneruskannya pada masa akan datang. Jika kita bermula dengan negatif, pada tadbir urus yang lemah, kebimbangan hanya akan menjadi lebih buruk.”
Pengerusi Biro Ekonomi Perkasa Ruhanie Ahmad berkata tidak ada prejudis terhadap pelaburan China, tetapi kerajaan perlu memperkenalkan dasar yang membolehkan orang ramai mengetahui KPI pelaburan asing.
“Perkasa menggesa kerajaan mengkaji semua kes empirikal tentang kegagalan atau penguasaan pelabur China di negara lain untuk memberikan sedikit input kepada kita, bagi meningkatkan persediaan kami mengendalikan sebarang anomali atau masalah masa depan,” katanya.
Perkasa juga menggesa kerajaan menerbitkan kertas cadangan strategik mengenai implikasi geopolitik China’s One Belt One Road (Obor) bagi tenaga buruh Malaysa, ekonomi, kedaulatan dan keselamatan negara. – 22 April, 2017.
Komen