Umno, PAS tak akan sebabkan negara huru-hara, kata MCA


Sheridan Mahavera Mohd Farhan Darwis

MCA berkata kenyataan Salahuddin Ayub bahawa Umno dan PAS akan menyebabkan negara huru-hara jika memerintah adalah tidak masuk akal. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 November, 2019.

PEMIMPIN Barisan Nasional (BN) dan PAS memberi jaminan kepada pengundi di Tanjung Piai mereka tidak akan mencetuskan huru-hara seperti yang didakwa oleh seorang menteri Pakatan Harapan (PH).

Mereka menyifatkan ucapan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub dalam satu perjumpaan di sebuah sekolah di Tanjung Piai, Selasa lalu berbaur perkauman dan tidak masuk akal kerana BN dan PAS selama ini negara dan beberapa negeri dengan aman.

Presiden MCA Wee Ka Siong dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata demikian pada ceramah di Rimba Terjun, Tanjung Piai, malam tadi.

“Pemikiran mereka jelas rasis dan salah. Cuba kita fikirkan, ini menteri yang tak gunakan otak. Orang Jawa kata gobrok (bodoh),” kata Wee, tanpa menyebut sebarang nama.

Kenyataan Wee itu dipercayai merujuk kepada Salahuddin yang berkata Umno dan PAS akan menyebabkan negara huru-hara jika memerintah.

Wee berkata kenyataan Salahuddin itu tidak masuk akal.

“Dia kata kalau mereka (PAS dan Umno) menang, mereka akan tutup sekolah dan kita boleh jalankan perniagaan, pemikiran ini tidak betul.”

Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai akan menyaksikan pertembungan enam penjuru tetapi dua pesaing utama adalah antara BN dan PH yang meletakkan calon dari Bersatu, Karmaine Sardini. Empat calon lain melibatkan calon dari Berjasa dan dua calon Bebas. – 7 November, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen