Orang Melayu makin terima Pakatan di Tanjung Piai, kata aktivis 


Sheridan Mahavera

Penduduk mula terima kehadiran aktivis PH yang berkempen untuk PRK Tanjung Piai.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 November, 2019.

DI kampung Melayu Serkat, tayangan skrin besar perlawanan final Piala Malaysia anjuran Pakatan Harapan (PH) minggu lalu menarik lebih ramai golongan belia berbanding anjuran Barisan Nasional (BN) di kampung yang sama.

Di Andek Mori yang terletak berhampiran, masyarakat Melayu mula membuka pintu rumah mereka kepada aktivis Pakatan yang berkunjung untuk berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Lapan belas bulan lalu, penerimaan itu sangat jarang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 kerana kawasan luar bandar di Johor terkenal sebagai pro-Umno dan BN.

Perubahan itu menjadi pencetus semangat kepada aktivis PHyang berusaha untuk meningkatkan sokongan terhadap pakatan pemerintah.

Namun walaupun terdapat penerimaan terhadap PH, aktivis pakatan berkata, ia masih sukar kerana perhubungan Umno ditabah dengan sejarahnya yang panjang bermakna mereka perlukan jentera yang lebih kuat dan sokongan lebih mendalam dari dalam kalangan penduduk kampung.

Institut Daru Ehsan memberitahu The Malaysian Insight, PH perlu meningkatkan sokongan dari kalangan orang Melayu lebih 35% untuk berpeluang mempertahankan kerusi Tanjung Piai.

Pada PRU14, PH hanya mendapat 32% undi Melayu, yang mana secara kolektifnya menjadikan 57% pengundi di Tanjung Piai. Manakala BN pula meraih 57% undi Melayu.

“Kita perlu meningkatkan undi dalam kalangan orang Melayu untuk menyeimbangkan kemungkinan kehilangan sokongan daripada pengundi Cina,” kata Darwis Salleh, yang merupakan pemimpin PH yang bertanggungjawab  terhadap Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Nenas Timor.

Pada PRU14, PH hanya dapat 32% undi Melayu, di mana secara kolektifnya menjadikan 57% pengundi di Tanjung Piai, manakala BN raih 57% undi Melayu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 November, 2019.

Terdapat 27 PDM di Tanjung Piai dan 16 daripadanya adalah kawasan majoriti Melayu, kebanyakan mereka di kawasan DUN Kukup. Kukup dan Pekan Nenas merupakan dua kawasan DUN di Tanjung Piai.

PDM Serkat dan Andeok Mori masing-masing mempunyai 1,516 dan 1,592 pengundi, terdiri daripada 80% dan 90% Melayu, kata pegawai Pakatan. Kawasan lain seperti Peradin, yang mempunyai 688 pengundi, hampir tiada pengundi Melayu.

Namun ahli politik veteran seperti Azmi Abdul Moin masih bimbang dengan peluang PH untuk meningkatkan sokongan orang Melayu.

“Kami bertemu penduduk dan mereka bersikap terbuka terhadap kami. Namun pada akhirnya kita tidak tahu mereka akan undi siapa,” katanya yang bertanggungjawab ke atas PDM Peradin.

Seorang lagi pemimpin PH, Hasni Bachok berkata beliau peraya keterbukaan ini adalah kerana masyarakat luar bandar telah menerima bahawa PH merupakan kerajaan di kedua-dua DUN dan Parlimen.

“Jadi mereka berminat dengan apa yang akan kami katakan namun sama ada mereka akan undi kita, itu perkara lain,” kata Hasni yang merupakan ketua PDM Andek Mori.

“Tapi sekurang-kurangnya kami ada peluang untuk bercakap dengan mereka berbanding sebelum ini.” – 7 November, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen