Jumlah kematian insiden tanah runtuh Pulau Pinang bertambah 7 orang


Low Han Shaun

PASUKAN mencari dan penyelamat menemui satu lagi mayat di bawah runtuhan tanah di Tanjung Bungah.

Setiausaha kerajaan negeri Farizan Darus berkata mayat itu tidak dapat dikenalpasti kerana separuh dari badan mayat tertimbus.

“Kami menemui satu lagi mayat dan sedang berusaha untuk mengeluarkannya kerana separuh dari badan mayat masih tertimbus.

“Tanah masih basah dan ada beberapa besi dekat mayat, jadi kita perlu lakukannya secara secara manual atau potong besi untuk keluarkan mayat.

“Kami temui topinya dahulu dan dia masih belum dapat dikenalpasti,” katanya sambil menambah pihak polis masih mencari tiga mangsa yang terselamat untuk membantu siasatan.

Sebaik mayat dikeluarkan, angka korban tanha runtuh akan meningkat kepada tujuh orang apabila tiga mayat ditemui sebelum ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini berkata, dua mayat yang ditemui adalah warga Indonesia dan ketiga adalah

Kewarganegaraan 14 mangsa adalah seorang (1) rakyat Malaysia, China (1), Pakistan (1), Indonesia (1), Myanmar (1) dan Bangladesh (9).

Menurut pemaju, pekerja yang terperangkap dalam tanah runtuh itu, termasuk penyelia tapak warga Malaysia, sedang melakukan kerja memantapkan kestabilan sementara cerunan di lokasi kejadian.

Taman Sri Bunga Sdn Bhd, milik BSG Property, sebuah syarikat pembangunan berpusat di Pulau Pinang, telah menyatakan “kekesalan yang mendalam” terhadap kejadian itu.

Kakitangan penguatkuasa undang-undang meronda kawasan tersebut semalaman untuk mengelakkan sebarang pencerobohan ke kawasan tapak, yang masih ditandakan berbahaya.

Ahli keluarga mangsa yang terlibat turut menunggu di luar dengan penuh sabar sebarang perkembangan berita.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau akan mencadangkan siasatan terhadap bencana itu bagi mengetahui sebab dan bagaimana untuk mencegahnya daripada berulang.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengeluarkan perintah pemberhentian kerja serta merta terhadap projek membina pangsapuri mampu milik setinggi 50 tingkat itu. – 22 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen