Undang-undang zalim akan dipinda secepat mungkin, kata Dr Mahathir


Noel Achariam

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bercakap selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Putrajaya malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 November, 2019.

PUTRAJAYA akan membuat pindaan undang-undang “drakonian” zalim termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berharap pindaan itu boleh dibuat dengan cepat dan dibentangkan semasa mesyuarat Parlimen.

“Walupun kita tidak akan memansuhkannya, kita akan buat perubahan pada bahagian-bahagian yang kejam.

“Kita akan mengkaji semula bahagian seperti penahan tanpa perbicaraan. Ini akan dilakukan secepat mungkin untuk mengelakkan penyalahgunaan,” katanya selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Putrajaya malam ini.

Seramai 12 lelaki termasuk dua Adun DAP ditahan di bawah Akta Sosma 2012.

Mereka didakwa pada 29 dan 31 Oktober dengan pelbagai kesalahan berkaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelan (LTTE).

Pada 16 Oktober lepas, Menteri Undang-Undang de Facto Liew Vui Keong berkata di Parlimen bahawa peruntukan sedang dikaji untuk pindaan termasuk tempoh penahanan dan akses kepada perwakilan undang-undang. – 5 November, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen