BARISAN Nasional (BN) dan PAS perlu bertanding menggunakan satu logo bersama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi melengkapkan transformasinya untuk menjadi pencabar Pakatan Harapan (PH) yang berwibawa, kata Ilham Centre.
“BN dan PAS sudah mememenuhi dua daripada empat syarat yang diperlukan untuk menjadi pencabar sebenar kepada PH.
“Apa yang perlu untuk melengkapkan perpaduan BN-PAS ialah menggunakan satu logo dan membentuk kerajaan perpaduan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis,” kata Ketua Penyelidik dan Felo Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim pada seminar P165: Tanjung Piai, di Universiti Malaya (UM), hari ini.
Yusri berkata PAS boleh menyertai BN dan bertanding menggunakan logo gabungan itu atau membentuk pakatan baharu dengan jenama dan logo sendiri.
“Tetapi, untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa mereka serius dalam kerjasama mereka, dan mampu mentabdir kerajaan persekutuan. Umno dan PAS juga perlu membentuk kerajaan perpaduan di empat negeri.
“Ini akan meningkatkan keyakinan pengundi dalam usaha mereka untuk mengambil alih Putrajaya dari Pakatan Harapan,” kata Yusri yang juga pensyarah Sains Politik di UM (Terengganu).
BN menguasai Perlis dan Pahang, manakala PAS di Kelantan dan Terengganu. – 5 November, 2019.
Komen