Aktivis Caged akan disoal siasat


Alfian Z.M. Tahir

Polis akan mengambil keterangan jurucakap Caged, Rama Ramanathan pada Isnin berhubung artikelnya mengenai aktivis Jufazli Shi Ahmad. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 November, 2019.

POLIS akan merakam kenyataan jurucakap Rakyat Bantah Kehilangan Paksa (CAGED) Rama Ramanathan minggu depan berhubung artikelnya mengenai aktivis Jufazli Shi Ahmad.

Bukit Aman berkata Rama kini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Rama yang lantang bersuara berkenaan kehilangan Pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat, diminta hadir pada jam 2 petang, Isnin depan.

“Kami dari Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (Edict) akan mendapatkan seorang peguam untuk mewakili Rama,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Ini bukan kali pertama Rama dipanggil untuk memberi kenyataan berhubung kes kehilangan paksa.

Pada Mei 2017, beliau bersama Thomas Fann dan Sevan Doraisamy disoal siasat kerana mengeluarkan kenyataan bahawa polis terlibat dalam penculikan Koh dan Amri antara November 2016 dan Februari 2017. – 5 November, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen