PAS reda Wee Jeck Seng tolak hudud, RUU 355


Diyana Ibrahim Chan Kok Leong

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, ia adalah pandangan peribadi dan tidak membabitkan kerjasama PAS dengan parti tersebut.– Gambar fail The Malaysian Insight, 4 November, 2019.

PAS reda dengan sikap calon BN Wee Jeck Seng yang menentang undang-undang hudud dan pindaan untuk mengukuhkan Mahkamah Syariah, kata Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu memberi alasan, itu hanyalah pandangan peribadi calon dan tidak membabitkan kerjasama PAS dengan parti tersebut.

“Itu pandangan peribadi. Kita bekerjasama dengan parti,” katanya kepada wakil media di lobi Parlimen hari ini.

Wee antara lain dikenali menolak pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang dianjurkan Hadi.

Bekas ahli Parlimen Tanjung Piai itu juga mengeluarkan kenyataan keras di media sosial menolak undang-undang hudud.

Pendirian itu dibangkitkan pengerusi PH Kelantan Husam Musa yang mempersoalkan tindakan PAS menyokong Wee sedangkan pemimpin MCA itu menolak RUU355.

Wee dalam kenyataan balasnya kepada Husam juga berkata MCA tetap dengan pendirian menolak RUU tersebut.

Bagaimanapun katanya, RUU 355 yang dibentangkan Hadi itu sudah terbatal dengan sendiri selepas  PH menang PRU14 dan membentuk kerajaan. – 4 November, 2019.

MENYUSUL 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen