Harga minyak sawit naik beri kelebihan untuk negara, kata menteri


Ragananthini Vethasalam

Bekalan minyak sawit berada pada tahap optimum sebanyak 2.45 juta tan, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 November, 2019.

BEKALAN minyak sawit menurun menyebabkan harganya naik walaupun wujud kebimbangan boikot terhadap produk utama Malaysia itu, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok di Dewan Rakyat hari ini.

Bekalan minyak sawit jatuh daripada tiga juta tan pada Januari kepada 2.25 juta tan pada Ogos lalu.

Tetapi, setakat 10 Oktober, Kok berkata bekalan minyak sawit berada pada tahap optimum sebanyak 2.45 juta tan.

“Malah, kerajaan sebenarnya cuba mengurangkan bekalan minyak sawit ke tahap optimum kerana bekalan tiga juta tan melebihi permintaan. Dalam hal itu, kementerian saya berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan bekalan bagi menstabilkan harga minyak sawit bagi meningkatkan pendapatan semua pihak terlibat dalam rantaian bekalan termasuklah pekebun kecil,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ismail Muttalib (Maran-BN) tentang usaha kementerian menangani masalah pengurangan bekalan serta langkah memastikan eksport dan import komoditi utama itu tidak terjejas.

“Pengurangan bekalan minyak sawit adalah baik dan fenomena positif kerana ia membuktikan usaha kerajaan meningkatkan eksport berhasil,” katanya.

Eksport minyak sawit antara Januari dan Ogos tahun ini meningkat kepada 12.6 juta tan berbanding 10.53 juta tan tempoh sama tahun lepas, seterusnya menaikkan harganya. – 4 November, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen