Banjir Kota Belud kesan daripada gempa di Ranau pada 2015, kata pakar geologi


Jason Santos

BENCANA banjir yang melanda Kota Belud, Sabah kini merupakan salah satu kesan daripada gempa bumi di Ranau yang berlaku pada 2015, kata ahli geologi Sabah. 

Ahli geologi dari Universiti Malaysia Sabah, Dr Felix Tongkul yang pernah meramalkan gegaran selepas gempa di Sabah dua tahun lalu berkata, pemendapan daripada gempa bumi dua tahun lalu menjadikan Sungai Kadamaian cetek.

“Sungai itu kini tidak mampu menampung air hujan yang mengalir dari Gunung Kinabalu. 

“Selain hujan lebat, air yang mengalir dari kawasan tadahan di sekitar gunung itu juga menjadi punca disebabkan kekurangan tumbuh-tumbuhan untuk menyekat pengalirannya,” katanya. 

Tumbuhan yang ada di sekitar gunung itu bertindak seperti san yang menyerap air ketika hujan lebat tetapi kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur yang berlaku selepas gempa bumi itu menyebabkan sebahagian daripada tumbuhan ini mati, terutamanya di sepanjang laluan air, melemahkan kadar serapan air hujan.

Hujan lebat dan angin kuat di pantai barat Sabah sejak minggu lalu menyebabkan tanah runtuh yang memaksa 1,503 pendudukan meninggalkan kediaman mereka, terutamanya di Kota Belud. 

Dr Tongul pada 2015 pernah menjelaskan tentang gempa di Ranau yang berpunca daripada tekanan daripada tiga plat tektonik utama.

Kataya Sabah terletak di tenggara Plat Eurasia bersempadan dengan Plat Filipina dan Plat Pasifik.

“Plat Pasifik dan Plat Filipina bergerak kira-kira 10cm setahun, berlanggar dengan Plat Eurasia. Tambahan pula, terdapat Plat Australia, yang mana walaupun berada pada jarak yang jauh, ia bergerak 7cm setahun. Sabah akan mengalami gegaran berterusan, lebih dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia.”  – 21 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen