SPRM Sarawak kesan lelaki bantu siasatan


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sedang mengesan seorang lelaki, Ariffin Osman, bagi membantu siasatan.

Ariffin, 31, mempunyai alamat terakhir di No. 91B, Lorong Petra 2, KPG Astana Lot, Petrajaya, 93050, Kuching, Sarawak, kata SPRM dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut menghubungi pegawai penyiasat, Among Anak Jengga di talian 084-311 982 atau 016-642 0148. – Bernama, 30 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen