Hentikan dakwaan berpilih ke atas Warisan, kata DAP


Jason Santos

SIASATAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas ahli-ahli Parti Warisan Sabah berkaitan dakwaan penyelewengan dana persekutuan berjumlah RM1.5 juta jelas bermotifkan politik, kata DAP Sabah hari ini.

Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin berkata SPRM menjalankan “penganiayaan dan pendakwan berpilih” serta jelas berpihak kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan menjatuhkan pembangkang.

“DAP tiada pilihan selain menyimpulkan penahanan ini bermotofkan politik, serta bertujuan untuk menghentikan penentangan dan gerakan pembangkang,” katanya hari ini.

Presiden Warisan Shafie Apdal malam tadi ditahan selepas disoal siasat selama 3 jam mengenai dakwaan penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion  bagi projek luar bandar Sabah dari 2009 hingga 2015.

Sebelum penahanan Shafie, SPRM telah menahan tiga ahli Warisan, empat ahli Umno, seorang ahli perniagaan  dan seorang bekas pegawai kanan kementerian pembangunan luar bandar dan wilayah.

Antara yang ditahan ialah dua adik lelaki Shafie iaitu hamid Apdal dan Adun Lahad Datu, Yusof Apdal.

“SPRM mensasarkan mereka yang berniat untuk meninggalkan Umno dan bangkit menentang rejim yang korup.

“Orang yang memegang kuasa telah menjadikan SPRM sebagai senjata melawan ‘pemberontakan’ ini. Semua pemimpin Umno yang ditahan dan direman adalah sama ada penyokong Shafie atau pesimpati Warisan,” kata Chan.

Katanya, DAP terganggu dengan cara Warisan dijadikan mangsa dan menuntut SPRM menjalankan siasatan yang telus dan adil.

“Namun, kita juga mahu SPRM tindakan memburu dan mensasarkan pemimpin pembangkang dalam siasatannya,” kata Chan, sambil menambah yang ada skandal lebih besar yang belum selesai seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Chan juga memetik amalan rasuah Ketua Menteri Sabah Musa Aman dalam skandal pembalakan dan derma politik pada 2008. – 20 Oktober, 2017.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen