U.n.i Klinik akan diperluas ke rangkaian farmasi, kata menteri


Ragananthini Vethasalam

Doktor yang terliba akan diberi latihan keusahawanan, rundingan, nasihat dan bantuan dana untuk membantu mereka menubuhkan klinik sendiri, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Oktober, 2019.

RANGKAIAN U.n.i Klinik di bawah program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) yang diperkenalkan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan diperluaskan ke rangkaian farmasi, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun.

“Matlamat Mara bagi ProSPEC adalah melahirkan usahawan dari kalangan profesional. Ia dimulakan dengan bidang perubatan melalui pembangunan rangkaian klinik di bawah jenama U.n.i,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, doktor yang terlibat akan diberi latihan keusahawanan, rundingan, nasihat dan bantuan dana untuk membantu mereka menubuhkan klinik sendiri.

Sebanyak RM5.4 juta dibelanjakan bagi kumpulan pertama yang melibatkan 18 buah klinik, tambah Rina.

“Program ini membolehkan doktor yang telah menamatkan housemanship mereka dan mereka yang mempunyai lesen perubatan serta pengalaman kerja yang mahu menceburi bidang keusahawanan, membuka klinik sendiri.”

Beliau berkata perbezaan antara klinik U.n.i dengan Klinik 1Malaysia adaah dari segi aspek keusahawanan. 

Matlamat U.n.i klinik juga untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada golongan berpendapatan rendah yang layak menerima Skim Peka B40 Kementerian Kesihatan.

Kumpulan kedua program U.n.i dijangka melibatkan 20 peserta. – 23 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen